1.1 Pendahuluan
Sebuah negara yang maju akan ditafsirkan melalui pelbagai tafsiran,samada dari sudut pentadbirannya yang mantap, atau ekonominya yang kukuh, ataupun sistem pendidikkannya yang berprestij.Dan ada juga yang menganggap sesebuah negara itu maju dengan mengukur pada tinggi rendah kadar jenayah di negara tersebut. Pentadbiran yang mantap terhasil dari pemimpinnya yang adil dan bertanggungjawab.Ekonomi yang kukuh pula bergantung kepada sumbernya yang banyak.Begitu juga jenayah,naik turun kadar jenayah sesebuah negara bergantung kepada undang – undang yang digunakan.
Kalau setiap sesuatu yang baru itu ada ada sumbernya,undang – undang pun ada sumbernya. Samada ianya telah ditentukan ataupun kita sendiri yang menentukannya. Kita sebagai seorang muslim wajib untuk kita beriman bahawa al – Qura’an dan Sunnah sumber perundangan bagi orang Islam. Walaupun dii’tiraf seluruh dunia bahawa negara kita sebuah negara Islam,tetapi sumber perundangan yang digunakan bukanlah yang sepatutnya, melainkan dalam beberapa perkara sahaja. Ada pun selebihnya dihukum dengan menggunakan undang – undang yang reka sendiri sebagaimana yang digunakan dikebanyakkan negara dalam dunia pada hari ini atau lebih digemari dengan istilah undang – undang ciptaan.
Pada hari ini saya telah diberi peluang untuk membincangkan dan membandingkan antara sumber undang – undang Islam dan sumber undang – undang ciptaan. Oleh itu, kertaskerja ini akan mengupas dan memberikan kita satu gambaran dalam membezakan sumber perundangan Islam dan sumber perundangan ciptaan selain memambah pengetahuan semasa. Kertaskerjas ini akan dimulakan dengan definisi setiap sumber, bahagian – bahagiannya, seterusnya perbezaan antara keduanya dan kesimpulannya.
2.1 Definisi Sumber
Perkataan sumber mempunyai beberapa makna :
a. Sumber sejarah perkembangan undang – undang iaitu dari mana undang – undang itu datang, dari mana suatu peraturan atau undang – undang menjadi sebahagian dari sistem perundangan.
b. Sumber sah undang – undang iaitu dari mana undang – undang itu mendapat kuasa dan kesahihannya, seperti dari parlimen atau mahkamah.
c. Sumber yang bermakna sumber bertulis iaitu dimana ia dijumpai,misalnya sumber yang paling sahih hinggalah kepada yang paling daif.[1]
2.2 Definisi undang – undang
Definisi ringkas undang – undang atau hukum memberi makna tuntutan Allah s.w.t. terhadap hambanya yang mukallaf supaya melaksanakan atau meninggalkan sesuatu.[2] Adapun definisi undang - undang Islam diterjemahkan ke dalam bahasa arab ialah hukmu syar’ie yang bermkasud memahami peraturan – peraturan yang telah ditetapkan Allah s.w.t. yang telah diwahyukan melalui rasulNya untuk mengatur keseragaman manusia di dunia dari semua aspek kehidupan samada dalam bentuk suruhan untuk mengadakannya atau cegahan untuk meninggalkannya.
Undang – undang didefinasikan oleh sesetengah pakar bahasa sebagai semua peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku dalam masyarakat. Secara amnya undang – undang ciptaan adalah satu peraturan yang boleh digubal dan dibubar oleh pihak berkuasa dan dikuatkuasakan ke atas rakyat, mana – mana rakyat yang melanggarnya akan dikenakan hukuman .
3.1 Sumber perundangan Islam
Mengikut fuqaha’ sumber perundangan Islam terbahagi kepada dua bahagian :
3.1.1 Sumber – sumber yang diterima dan disepakati ulama’ dan menganggapnya sebagai hujjah seperti al-Qur’an, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas.
Firman Allah s.w.t. s.w.t :
$pkš‰r'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãYtB#uä (#qãè‹ÏÛr& ©!$# (#qãè‹ÏÛr&ur tAqß™§9$# ’Í<'ré&ur ÍöDF{$# óOä3ZÏB ( bÎ*sù ÷Läêôãt“»uZs? ’Îû &äóÓx« çnr–Šãsù ’n<Î) «!$# ÉAqß™§9$#ur bÎ) ÷LäêYä. tbqãZÏB÷sè? «!$$Î ÏQöqu‹ø9$#ur ÌÅzFy$# 4 y7Ï9ºsŒ ׎öyz ß`|¡ômr&ur ¸xƒÍrù's?
“ Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah s.w.t. dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah s.w.t. (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya” [3] .
a. Sumber pertama iaitu kitab ( Al – Quran ), dan beramal dengan ajarannya dikira sebagai taa kepada Allah s.w.t. s.w.t.
b. Sumber kedua iaitu Sunnah, dan beramal dengannya dikira sebagai taat kepada Rasullullah s.a.w.
Inilah sumber perundangan Islam yang paling utama dan yang wajib ke atas kerajaan berhukum dengannya .[4]
3.1.2 Manakala sumber – sumber perundangan Islam yang tidak disepakati oleh ulama’ pada susunan mahupun berhujjah dengannya ialah seperti al- Istihsan, al - Maslahah al - Mursalah, Saddu al – Zaraa’ik, ‘Urf, Qaw al - Sahabi, dan selainnya.
Sumber – sumber yang telah disepakati ulama’ pula terbina dari dua nas iaitu nas qat’ie dan nas dzonni.Walaupun al-Qur’an dan Sunnah dikatakan sebagai nas qat’ie pada zatnya,tetapi ayat – ayat yang muhkamat terlalu sedikit berbanding ayat – ayat mutashabihat. Kerana banyaknya ayat yang mutashabihat inilah perlunya kita merujuk kepada pandangan dan ijtihad ulama’ dalam menentukan hukumnya.
3.2 Sumber perundangan Islam yang disepakati
3.2.1 Al-Qur’an :
Al-Qur’an adalah sebuah kitab berbahasa arab yang diwahyukan dari Allah s.w.t. kepada rasulnya Muhammad s.a.w. secara beransur – ansur yang dimulakan dengan surah al – Fatihah dan diakhiri dengan surah an – Nas .[5] Al-Qur’an menjadi hujah bagi semua orang Islam tanpa rasa ragu – ragu kerana ianya adalah sumber yang paling utama dalam menentukan sesuatu hukum.Bahkan ianya adalah hujah bagi semua manusia kerana ianya datang dari pencipta manusia dan tanda ianya datang dari pencipta manusia ialah kerana sifat mukjizatnya. [6]
Antara keistimewaan al-Qur’an yang ada padanya, pertama ianya kalamullah yang diturunkan kepada manusia terbaik sepanjang zaman Muhammad s.a.w. Keduanya,semua lafaz dan maknanya dari Allah s.w.t. yang maha mengetahui. Seterusnya semua ayat yang kita terima pada hari ini berantaian beramai - ramai sehingga pada nabi sendiri ( mutawatir ). Selain tiada sebarang penambahan atau pengurangan pada setiap huruf mahupun ayat di dalamnya.[7]
Selain itu, kita sepatutnya merasa bangga dan kagum dengan isi – isi yang terdapat di dalam al-Qur’an itu sendiri. Antara isi – isinya, ia merangkumi segala sesuatu seperti cerita terdahulu yang dipanggil sejarah ataupun kehidupan yang akan datang, perkara – perkara yang nyata mahupun ghaib, sifat – sifat baik dan sifat – sifat buruk, dosa dan pahala, syurga dan neraka, nama tuhan, nama malaikat, nama nabi, nama tumbuhan, nama haiwan di darat, nama haiwan di dalam air, apa yang ada di atas langit, di dasar bumi, apa yang ada antara keduanya semua ini dicatatkan dalam satu mushaf yang dipanggil al-Qur’an. Pendek kata, dari sebesar – besar perkara sehingga sekecil – lecil perkara termaktub di dalamnya.
3.2.2 Sunnah Rasulullah s.a.w :
Sunnah menjadi sumber perundangan Islam kedua paling utama selepas al-Qur’an. Sunnah ialah apa sahaja yang diterjemahkan dari rasulullah samada dari kata – katanya, perbuatanya, persetujuannya ataupun sifatnya. Ianya terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, Sunnah Qawliyyah, Sunnah Fi’liyyah dan Sunnah Taqririyyah. Contohnya adalah seperti berikut :
Sunnah Qawliyyah ( kata – kata ), nabi s.a.w.bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya setiap perbuatan itu dimulakan dan dinilai dengan niatnya”
Sunnah Fi’liyyah ( perbuatan ), nabi s.a.w memerintah kepada para sahabat supaya mendirikan solat sebagaimana mereka melihat baginda bersolat dengan sabdanya yang bermaksud :
“sembahyanglah kamu sebagaimana kamu lihat aku bersembahyang”
Sunnah Taqririyyah ( persetujuan ), apa yang diambil kira sebagai hukum dengan iqrar dari nabi s.a.w dengan berdiam diri sebagai tanda redha dan setuju dengan apa yang dilakukan oleh para sahabat.[8] Ketiga – tiga Sunnah ini dikira sebagai sumber perundangan Islam selagimana benar dan sahih para periwayatnya dan juga matannya.
Rasulullah s.a.w. adalah contoh dan ikutan yang terbaik sepanjang zaman kepada semua umatnya samada kepada orang Islam itu sendiri ataupun kepada orang bukan Islam. Baginda menunjukkan contoh yang terbaik dalam segala aspek kehidupan,samada sebagai seorang hamba kepada Allah s.w.t., atau seorang ketua kepada umatnya, atau seorang pemimpin kepada rakyatnya, atau seorang suami kepada isterinya, atau seorang ayah kepada anaknya, atau seorang sahabat kepada sahabatnya semuanya baginda tonjolkan. Bila baginda seorang manusia dan kita juga manusia jadi segala apa yang dibawa oleh baginda tiada alasan untuk kita menafikannya. Oleh itu, memang tepatlah Islam mengiktiraf apa yang dibawa oleh baginda menjadi sumber kepada perundangan.
3.2.3 Ijma’ :
Pada bahasanya Ijma’ bermakna berazam untuk melakukan sesuatu. Adapun makna Ijma’ yang ingin diutarakan di sini bukan dari sudut bahasanya sahaja malah dari sudut istilahnya juga. Sebagaimana takrif atau definisi di kalangan ulama’ usul, Ijma’ adalah kesepakatan para ulama’ yang bergelar mujtahid dalam menentukan sesuatu hukum pada satu zaman tertentu selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.[9] Contohnya Ijma’ dikalangan sahabat selepas kewafatan Rasulullah s.a.w untuk melantik khalifah yang diadakan dengan cara mengundi antara mereka.
Sebahagian ulama’ usul menggariskan beberapa syarat dalam menentukan ianya adalah Ijma’ yang betul. Antaranya Ijma’ mestilah dihadiri oleh semua para ulama’ mujtahid dunia. Ulama’ yang dimaksudkan di sini ialah orang alim dan faqih tentang ilmu Islam. Manakala mujtahid pula ialah ulama’ yang bukan sahaja alim dan faqih tentang ilmu Islam, bahkan berkelayakan untuk mengeluarkan sesuatu hukum yang berkaitan dengan amalan bersandarkan dalil – dalilnya yang nyata.[10] Mereka ini betul – betul orang yang mahir dalam bidang syari’ah. Adapun kesepakatan orang awam tidak dikira sebagai Ijma’.[11] Ijma’ bukanlah adillah yang terhasil dari pendapat mujtahidin semata – mata, tetapi Ijma’ adalah dalil lanjutkan dari ayat – ayat al-Qur’an dan hadith – hadith Rasulullah s.a.w.
3.2.4 Qiyas :
Sumber perundangan Islam yang keempat ialah Qiyas. Qiyas bermakna mengukur sesuatu dengan sesuatu yang lain. Pada istilahnya Qiyas bermaksud menghubungkan apa yang tiada nas al-Qur’an mahupun hadith dengan apa yang ada nas untuk menentukan hukumnya berpandukan ’illah hukum yang telah ada nas padanya.[12] Contohnya sabda nabi s.a.w. yang meminta supaya para sahabatnya ajarkan kepada anak – anak mereka memanah dan berkuda. Tatkala itu, hukum mengajar anak – anak memanah dan berkuda menjadi sunat. Ada pun pada masa kini, memanah boleh diQiyaskan dengan menembak dan berkuda pula boleh diQiyaskan dengan memandu kenderaan.
Sekalipun ada antara ulama’ yang menafikan Qiyas adalah salah satu sumber dalam menetapkan hukum sesuatu kerana Qiyas adalah dalil dzonni yang berpandukan pendapat sesetengah ulama’ semata - mata. Sebagaimana pendapat jumhur ulama’ mereka menerima Qiyas sebagai sumber bagi undang – undang Islam keempat selepas al-Qur’an, Sunnah dan Ijma’.
3.3 Sumber perundangan Islam yang tidak disepakati
Setelah kita mengetahui bahagian sumber perundangan Islam yang disepakati, sekarang penulis cuba meringkaskan beberapa sumber yang tidak disepakati ulama’ antaranya :
3.3.1 al – Istihsan :
Al – Istihsan ialah mengembalikan sesuatu itu kepada yang lebih baik. Al – Istihsan mempunyai takrif yang banyak di sisi ulama’ usul khususnya. Ada pun maksud yang dikehendaki dengan al – Istihsan ialah mengembalikan kepada yang terbaik dari Qiyas yang nyata kepada Qiyas yang lebih halus bersandarkan dalil yang diyakini oleh mujtahid tersebut pada merhukum dengannya.[13]
3.3.2 al – Maslahah al – Mursalah :
Sekiranya kita merujuk kepada beberapa kitab usul al – fiqh, al – Maslahah al – Mursalah adalah satu bahagian dari al – masalih yang tiga iaitu al – Maslahah al – Muktabarah, al Maslahah al – Mulghah dan yang ketiga al - maslahah yang berada antara kedua – dua maslahah di atas yang di namakan dengan al – Maslahah al – Mursalah. Al – Maslahah al – Mursalah ialah masalih yang tidak ada nas mengiktirafkannya dan tiada pula nas yang menidakkannya. Sebagai contoh permintaan supaya dikumpulkan dan dibukukan al-Qur’an.[14]
3.3.3 Saddu al – Zaraa’ik :
Bila disebut Saddu al – Zaraa’ik dalam ilmu usul al – fiqh, ia bermakna mencegah atau menghalang sebarang jalan yang boleh membawa kepada keburukan. Contohnya menegah lelaki dan perempuan yang bukan muhrim berdua – duaan ditempat sunyi ( khalwat ) bagi mengelak dari berlakunya zina.[15]
3.3.4 ’Urf :
’Urf di sisi ulama’ ialah adat atau kebiasaan yang dilakukan oleh sesebuah masyarakat setempat di dalam kehidupan mereka samada dari perbuatan atau percakapan mereka.[16] Contohnya mas kahwin lebih sedikit berbanding wang hantaran.
3.3.5 Qaw al – Sahabi :
Qaw al – Sahabi ialah kata – kata sahabat dan juga pandangan mereka pada menyatakan apa yang tiada nas samada dari al-Qur’an atau Sunnah.[17]
Demikian beberapa sumber perundangan Islam ang tidak disepakati ulama’ padanya. Ada antaranya yang di ambil sebagai dalil dan ada sebaliknya.
4.1 Sumber perundangan ciptaan
Sumber perundangan ciptaan juga terbahagi kepada dua iaitu sumber yang bertulis dan tidak bertulis. Sumber perundangan yang bertulis adalah seperti Perlembagaan, Statut dan Perundangan Kecil. Manakala sumber perundangan yang tidak bertulis pula samada undang – undang Inggeris seperti Common Law, Peraturan Ekuiti, Penghakiman Mahkamah atau pun Undang – Undang Islam dan Undang – Undang Adat. Semua ini adalah contoh undang – undang ciptaan yang akan diperincikan selepas ini.
4.2 Sumber perundangan ciptaan yang bertulis
4.2.1 Perlembagaan :
Perlembagaan merupakan sumber undang – undang bertulis. Di dalamnya terdapat perincian mengenai kuasa Parlimen dan Dewan Perundangan Negeri. Seperti Perlembagaan bertulis yang lain, ia boleh dipinda melalui proses tertentu dan proses ini berlainan dari proses meminda undang – undang biasa. Kebanyakan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda melalui prosedur khas Parlimen Persekutuan di mana satu Akta akan diluluskan sekiranya mendapat persetujuan dua pertiga daripada majoriti Dewan. Di negara kita Malaysia, terdapat juga peruntukan Perlembagaan yang hanya boleh dipinda melalui proses khas dan memerlukan persetujuan Majlis Raja – Raja.[18]
Di Malaysia, Perlembagaan Persekutuan adalah undang – undang tertinggi negara. Mana – mana undang – undang yang dibuat selepas Hari Merdeka yang bertentangan dengan Perlembagaan ini maka setakat mana pertentangannya di sinilah terbatalnya undang – undang itu.[19]
4.2.2 Statut :
Statut adalah satu sumber perundangan yang bertulis. Ia boleh ditafsirkan sebagai perintah yang mesti dipatuhi atau larangan terhadap sesuatu yang patut dijauhi. Di Malaysia, di bawah Statut ada beberapa perkara antaranya Akta, Enakmen dan juga Ordinan.
Akta : Undang – undang yang diluluskan oleh Parlimen disebut sebagai Akta. Contohnya seperti Akta Kontrak 1950.
Enakmen : Manakala undang – undang yang diperbuat oleh Dewan Undangan Negeri kecuali Dewan Negeri Sabah dan Serawak dinamakan Enakmen. Termasuklah yang diperbuat oleh negeri – negeri Tanah Melayu sebelum merdeka.
Ordinan : Sementara itu, undang – undang yang diperbuat oleh Dewan Undangan Negeri Sabah dan Serawak dinamakan Ordinan.[20]
4.2.3 Perundangan Kecil :
Walaupun Parlimen dan Dewan Undangan Negeri diberi kuasa untuk membuat undang – undang, akan tetapi sedikit sahaja undang – undang yang dibuat oleh dua badan perundangan ini. Kebanyakan undang – undang dibuat oleh pihak berkuasa pentadbiran. Pihak berkuasa pentadbiran ini membuat undang – undang melalui kuasa yang diberikan kepadanya oleh badan perundangan. Dalam membuat suatu undang – undang Badan Perundangan biasanya membuat peruntukan yang luas mengenai polisi dan menyerahkan kuasa membuat undang – undang seterusnya secara terperinci kepada badan atau agensi lain. Undang – undang yang menyerahkan kuasa " perwakilan " membuat undang – undang kepada agensi lain ini dipanggil Akta Induk dan undang – undang yang di buat melalui fasa perwakilan ini dipanggil Undang – Undang Perwakilan atau Perundangan Kecil.[21]
Menurut Seksyen 3 Akta Tafsiran 1967, Perundangan kecil didefinisikan sebagai apa – apa perisytiharan, kaedah, peraturan perinatah, pemberitahuan, perundangan kecil atau suratan lain yang diperbuat mengikut mana – mana Ordinan, Enakmen atau kuasa sah yang lainnya dan Mempunyai kuatkuasa perundangan.[22]
Bermula tahun 1689, undang – undang bertulis menjadi sumber yang terpenting bagi perundangan dengan diklasifikasi Appendix A pada waktu itu. Istilah dan syarat – syarat yang berlainan digunakan dalam undang – undang bertulis supaya dapat membezakan antara rang undang – undang yang diluluskan di Parlimen atau Common Law atau Ekuiti.[23]
4.3 Sumber perundangan ciptaan yang tidak bertulis
Tidak semua undang – undang diluluskan di parlimen atau mengikut peraturan yang sedia ada. Di sana masih ada satu suara yang boleh menjadikan sesuatu peraturan itu sebagai undang – undang. Suara tersebut ialah hakim mahkamah, keputusan hakim dalam mengendalikan sesuatu kes kadang – kadang menjadikannnya sebagai undang – undang. Satu peraturan telah dibuat pada masa hendak memutuskan sesuatu kes, agak lebih baik berbanding statut, peraturan tersebut dikenali sebagai peraturan Common Law.[24]
4.3.1 Common Law :
Apabila William I menawan England dia telah membentuk satu sistem beraja yang kuat. Dia telah menjelajah ke seluruh England dan memerintah melalui institusi yang sedia ada. Mahkamah feudal yang dijalankan oleh tuan – tuan tanah mendapat keuntungan besar dari pemerintahan William I. Tetapi mahkamah – mahkamah ini adalah milik persendirian dan tuan – tuan tanah mendapat untung dari yuran yang dibayar kepada mahkamah.
Raja Norman ini mendapat bantuan dari suatu majlis dipanggil Curia Regis yang mempunyai berbagai fungsi termasuk pentadbiran, pembuatan undang – undang dan kehakiman. Raja sering menjelajah negerinya dan Curia Regis ini bersidang di mana – mana saja Raja berada. Orang yang menjadi ahli Curia Regis ini adalah orang – orang yang telah dianugerakan tanah oleh Raja kerana khidmat mereka yang menyediakan tentera dan senjata untuk Raja. Mereka dikenali sebagai tenant-in-chief dan Curia Regis sering menyelesaikan masalah di antara mereka.Selain itu Curia Regis juga mendengar kes dan memberi keadilan seperti yang dibuat semasa zaman Anglo – Saxon. Akhirnya terdapat dua jenis pertemuan yang dibuat oleh Curia Regis iaitu satu yang dihadiri oleh tenant-in-chief dan yang kedua oleh pegawai di – Raja. Akhirnya pegawai – pegawai di – Raja ini membuat kerja – kerja khusus dengan dibantu oleh beberapa pegawai lain dan di sinilah bermulanya mahkamah Common Law.[25]
Common Law mempunyai beberapa maksud, ungkapan common bermakna satu sistem undang – undang yang berdasarkan kepada keputusan hakim semata – mata dan sama sekali berbeza dengan dasar perundangan Rom yang majoritinya menggunakan istilah kod. Selain itu, sebelum berakhirnya abad ke 19, di Ontario London, adanya dua sistem mahkamah yang berbeza, mahkamah perundangan iaitu Common Law, dan adanya doktrin keadilan iaitu Ekuiti. Maksud yang lain untuk Commom Law juga dikatakan sebagai mecanggah ketetapan undang – undang yang bertulis. [26]
Sebagaimana yang didakwa oleh pengarang buku The Philosophy Of Law, Common Law yang ada pada hari ini berasal dari banyak sumber dan selari dengan sistem perundangan ciptaan yang lain. Ianya telah diubah dan diperbaiki dengan memperincikan lagi skop perundangannya. Dari semasa ke semasa, ianya tidak terburu – buru dalam menyatakan sesuatu perkara baru, bahkan ianya lebih bersifat untuk memperbaiki. Sistem ini dihasilkan dari gabungan anrata tulisan para peguam, serta warisan datuk nenek moyang mereka Anglo dan Saxon, juga adat istiadat yang diwariskan secara tradisi zaman berzaman. Selain itu dari sifat raja England sendiri, ia juga diambil dari kenyataan dan juga kekuatan sesuatu hukuman yang diputuskan oleh mahkamah maka terhasillah satu rang undang – undang yang di namakan dengan Common Law.[27]
Comman Law terdiri dari perkara – perkara tersebut dan juga prinsip – prinsip yang dilaporkan kerajaan, penjagaan terhadap seseorang dan harta benda. Selain Common Law, di sana masih ada lagi satu peraturan yang dipanggil doktrin keadilan Ekuiti.[28]
4.3.2 Ekuiti :
Equity juga dibawa oleh Inggeris dan merupakan prinsip undang – undang yang menyusul setelah Common Law diperkenalkan. Prinsip ini juga ditetapkan berdasarkan budi bicara hakim. Ianya bertujuan untuk menyemak semula kelemahan dan kekurangan yang ada dalam Common Law. Doktrin ini lebih bersifat mengembalikan keadilan dan juga mengurangkan kesusahan. Walaupun permulaannya dibentuk dari mahkamah yang berbeza, tetapi sekarang semua mahkamah boleh menggunakan kedua – dua prinsip ini.[29]
Pada awalnya hubungan antara Common Law dan Ekuiti berjalan lancer secara bertolak ansur, tetapi lama kelamaan pertelingkahan timbul juga kerana sikap Ekuiti yang selalu campur tangan dalam semua hal. Pertelingkahan ini berakhir dengan keputusan mahkamah yang mamutuskan jika ada pertelingkahan antara Common Law dan Ekuiti, Ekuiti akan diberikan keutamaan. Dengan keputusan ini kedua – dua sistem ini mula menjalankan kuasanya secara berasingan dan bersifat lengkap melengkapi.[30]
4.3.3 Doktrain Duluan Kehakiman :
Selain dari undang – undang yang dibawa oleh Inggeris seperti Common Law dan Ekuiti, masih terdapat sumber undang – undang tidak bertulis antaranya ialah keputusan mahkamah atau Doktrain Duluan Kehakiman. Doktrain Duluan Hakim menjadi salah satu sumber undang – undang di Malaysia di mana keputusan mahkamah yang lebih tinggi dirujuk oleh mahkamah yang lebih rendah bagi memutuskan kes yang sedang dibicarakan.[31]
Dalam mencapai sesuatu keputusan, hakim – hakim tidaklah membuat keputusan dengan sewenang – wenangnya. Mereka harus mengikuti sesuatu prinsip yang lazimnya diketahui sebagai teladan, iaitu apabila memutuskan sesuatu pertikaian, mereka akan mengikuti keputusan hakim yang terdahulu daripada mereka di dalam kes yang serupa. Jika seseorang hakim menggunakan suatu peraturan undang – undang yang ada dengan tidak menambahnya, keputusan ini dianggap sebagai Duluan Penetapan, tetapi jika kes yang dihadapinya itu tidak mempunyai duluan, maka hendaklah ia memutuskannya mengikut keadilan, Ekuiti dan budi bicaranya.[32]
Doktrain ini bergantung kuat kepada hierarki mahkamah di mana keputusan mahkamah lebih tinggi mengikat mahkamah di bawah yang lebih rendah. Mahkamah juga terikat dengan keputusannya sendiri.[33]
4.3.4 Adat :
Adat adalah undang – undang tidak bertulis. Ia banyak menjadi asas kepada undang – udang bertulis negara – negara di dunia seperti Perancis dan England. Di Malaysia ia dikenali sebagai Adat Melayu. Perkataan adat datang dari bahasa Arab yang sama makna dengan ’Urf. Dalam bahasa Inggeris ia disebut sebagai Custom. Untuk menjadikan suatu adat itu sah ia mestilah :
1. Diamalkan oleh masyarakat umum.
2. Diamalkan untuk jangka masa yang lama, berterusan dan konsisten.
3. Sah, mengarah munasabah dan pasti. [34]
Sebagai kaedah umum, adat penduduk tempatan tentang perkahwinan, perceraian dan pembahagian pusaka diberikan kuatkuasa undang – undang oleh mahkamah dan sebilangan daripadanya dikendalikan mengikut enakmen tertentu. Pengiktirafan kehakiman tentang adat tempatan lazim juga terdapat di dalam sebuah negeri yang berbilang kaum dengan latar belakang kebudayaan dan agama yang berlainan. Walau bagaimanapun, tidak ada undang – undang adat yang sama terdapat bagi kesemua kaum.[35]
5.1 Perbandingan antara kedua sumber
5.1.1 Matlamat
Secara mudah kita sifirkan bila berbezanya sumber, maka berbezalah matlamatnya. Antara matlamat perundangan Islam yang paling utama ialah taat kepada suruhanNya agar kehidupan di dunia ini diredhai dan diberkati. Setelah itu barulah kita bicarakan matlamat undang – undang itu disyariatkan. Tujuan satu undang – undang itu disyariatkan ialah untuk menjaga keharmonian dan kemakmuran antara sesama hamba serta mengajar erti Sam’u wa al – Ta’ah samada rakyat dengan pemerintah atau makluq dengan Penciptanya.
Manakala matlamat undang – undang manusia ialah untuk memelihara keharmonian dan keamanan sesebuah negara tanpa mempedulikan konsep dosa pahala dan berkat atau tidak. Apatah lagi sesetengah undang – undang itu dicipta oleh orang bukan Islam.
5.1.2 Autoriti
Pada sistem perundangan Islam, al-Qur’an menjadi rujukan paling utama dan tertinggi dalam menangani sesuatu masalah. Sebagaimana kita maklum al-Qur’an adalah wahyu dari Pencipta semua makhluq dialah Allah s.w.t. Allah s.w.t. yang bersifat sedia, tiada awal dan tiada akhir, maha mengetahui, maha agung dan bersifat mustahil dari semua kekurangan, memang selayaknya dia yang kita sembah. Maka Allah s.w.t. lah penggubal mutlaq kepada peraturan ini sebagai undang – undang untuk kesejahteraan hambanya di dunia mahupun di akhirat. Manakala Sunnah yang dibawa oleh junjungan besar kita juga wahyu sebagaimana firman Allah s.w.t. :
$tBur ß,ÏÜZtƒ Ç`tã #“uqolù;$# ÇÌÈ ÷bÎ) uqèd žwÎ) ÖÓórur 4ÓyrqムÇÍÈ
“ Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu Yang berhubung Dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala Yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu Yang diwahyukan kepadaNya. ” [36]
Mafhum dari ayat ini, Sunnah juga adalah wahyu yang dikirimkan kepada hambanya yang terpilih iaitu Rasulullah s.a.w.Rasulullah bersifat maksum dari dosa dan merupakan hamba yang paling mulia di sisi Allah s.w.t. s.w.t. Maka autoriti mutlaq sumber perundang Islam ialah Allah s.w.t. itu sendiri.
Adapun sistem perundangan pada hari ini samada statut atau bukan statut, contohnya negara kita sendiri Malaysia, perlembagaan adalah undang – undang tertinggi dan sekiranya ada undang – undang yang baru dibentuk berlawanan dengannya, maka undang – undang tersebut akan terbatal dengan sendirinya. Penggubal perlembagaan ialah manusia dan autoritinya juga adalah manusia. Segala undang – undang yang termaktub di dalam perlembagaan digubal mengikut tahap pemikiran mereka. Manusia sememangnya banyak kelemahan dan kekurangan. Oleh itu, apa sahaja yang dicipta oleh mereka sedia terdedah dengan segala kelemahan dan kekurangan. Firman Allah s.w.t. :
¼çm¯RÎ) tb%x. $YBqè=sß Zwqßgy_
“ Sesungguhnya tabiat manusia itu zalim dan tidak mengetahui apa – apa ” [37]
5.1.3 Keahlian
Selain dari perbezaan yang jelas pada autoriti kedua – dua sumber, perbezaan yang ketara turut berlaku pada keahlian kepada siapa sumber – sumber ini diamanahkan. Keahlian dalam Islam diamanahkan kepada ulama’ mujtahid. Dari penerangan yang lalu, kita telah maklum siapa ulama’ mujtahid secara umum. Di sini ingin penulis perincikan lagi syarat – syarat untuk menjadi seorang mujtahid. Pertamanya hendaklah tahu ilmu bahasa arab,kemudian tahu segala ilmu yang berkaitan al-Qur’an dan Sunnah dari segi hukum, perbezaan bacaan, tafsiran ayat,sebab nuzul dan nasakh mansukhnya. Selain itu, seseorang yang ingin berijtihad itu juga haruslah tahu ilmu Usul al - Fiqh selain Ijma’ para sahabat. Sekiranya semua syarat – syarat ini dipenuhi, barulah layak bagi seseorang ulama’ itu berijtihad dengan pendapatnya sendiri. Ulama’ mujtahid bukannya mereka yang banyak harta atau keturunan bangsawan. Tetapi mereka ini ialah orang yang betul – betul faqih tentang ilmu Islam dan berkelayakan untuk mengeluarkan sesuatu hukum yang berkaitan dengan amalan bersandarkan dalil – dalilnya yang nyata.
Berbicara mengenai sistem keahlian dan kelayakan dalam perundangan ciptaan yang ada pada hari ini, terutamanya untuk menjadi Ahli Parlimen ataupun Ahli Dewan Undangan Negeri, mereka hanya disyaratkan menang dalam satu pilihanraya sahaja. Sekiranya didapati seseorang itu menang dengan secara langsung dia adalah salah seorang yang akan berada di dalam dewan nanti. Tidak kira dia menang tanpa bertanding, atau menang dengan sogokan rasuah ataupun menang dengan sokongan rakyat, janji menang. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika satu masa dia yang menyokong suatu rang undang – undang itu diluluskan, akhirnya dia sendiri yang mencubanya. Apa yang lebih malang jika suatu undang – undang yang hendak diluluskan itu berkaitan dengan perilaku orang Islam contonya murtad disokong oleh ahli parlimen yang bukan Islam. Kadangkala, mereka yang berada di dalam dewan negara kerana dilantik oleh Yang di - Pertuan Agong berdasarkan jasa semata – mata atau kecemerlangan yang dicapai dalam bidang – bidang tertentu. Dengan sistem keahlian yang sebegini rapuh semestinya perundangan yang akan dululuskan juga bukan yang terbaik.
5.1.4 Kesaksamaan
Kombinasi antara wahyu Allah s.w.t. dan ijtihad dari kalangan ulama’ telah menjadikan sumber perundangan Islam satu sumber yang sempurna dari sebarang kekurangan dan kelemahan. Undang – undang Islam menjaga hak antara hamba dengan tuhannya, hak hamba sesama hamba dan juga hak hamba dengan alam semulajadi. Ini membuktikan Islam mengambil berat dalam semua aspek kehidupan manusia dari sekecil – kecil perkara sehinggalah sebesar – besar perkara. Undang – undang Islam mencakupi segala aspek kehidupan termasuk undang – undang keluarga, negara, jenayah, jual beli, harta pusaka dan sebagainya. Selain itu,dalam undang – undang Islam tidak ada istilah pilih kasih bahkan lagi adil untuk semua. Adil untuk semua masyarakat berbilang bangsa dan agama, adil untuk pemerintah dan rakyatnya. Tanda adilnya undang – undang Islam dapat dibuktikan melalui satu mafhum hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“ Sekiranya Fatimah Binti Muhammad didapati bersalah mencuri, nescaya akan kupotong tangannya ”
Hadith ini menunjukkan kepada kita bahawa semua yang bersalah akan dihukum sekalipun anak kesayangan baginda sendiri. Berbeza sekali dengan undang – undang ciptaan. Pertamanya dengan adanya doktrin yang mengutamakan keadilan seperti Ekuiti, ini bermakna Common Law dan juga Statut adalah tidak adil selain berlawanan diantara yang lain. Selain itu, kebanyakan negara pada hari ini, hukuman hanya akan dikenakan terhadap rakyat sahaja. Manakala orang – orang berpengaruh seperti menteri, ketua menteri jarang sekali kedengaran dikenakan hukuman apatah lagi raja yang dikira maksum pada perlembagaan. Semua ini dibuktikan dengan kurangya enakmen atau akta khas untuk raja dan pemerintah.
5.1.5 Ketetapan
Sumber perundangan Islam bersifat tetap dan tidak berubah. Semenjak Islam memerintah lebih seribu tahun yang lalu sehingga kini, semua undang – undang yang terkandung dalam sumber asli yang disebutkan tadi tidak pernah berubah dan akan kekal sepanjang zaman. Sumber perundangan ini wajib diamalkan walau di zaman mana kita berada atau di bumi mana kita berdiri. Sumber ini terpelihara dari segala penambahan mahupun pengurangan walaupun pemerintah silih berganti sepanjang zaman.
Manakala sumber ciptaan manusia ini sentiasa berubah – rubah dan tidak tetap. Ini kerana adanya pindaan demi pindaan yang dibuat mengikut kesesuain yang dirasakan. Ada negara yang mengamalkan Undang – Undang Sivil seperti Jepun dan juga Korea Selatan sebagai dasar mereka, selain Undang – Undang Sivil ada juga yang mengamalkan Common Law sebagai sebagai undang – undang mereka seperti India,Australia termasuk England sendiri. Manakala ada juga negara yang mengamalkan undang – undang campuran seperti Afrika dan juga negara kita Malaysia . Fakta ini menunjukkan kepada kita bahawa sumber perundangan bagi setiap negara berbeza – beza. Tidak mustahil satu masa nanti apa yang telah ada akan dibubarkan dan akan diganti dengan sumber yang baru.
5.1.6 Pelaksanaan dan Kesan
Antara lain berbezanya sumber perundangan Islam dengan perundangan ciptaan terletak pada pelaksanaan dan kesan dari undang – undang tersebut. Di dalam al-Qur’an atau pun hadith telah digariskan had hukuman kepada sesiapa yang disabitkan kesalahan terutamanya dalam kes jenayah yang terbahagi kepada tiga iaitu Hudud dan Qisas. Manakala Takzir dibawah bicara qadi. Sekiranya seseorang itu disabitkan kesalah, perlaksanaan yang perlu dilakukan adalah dengan menjalankan hukuman tersebut di hadapan rakyat. Dengan pelaksanaan yang begitu, kesannya pesalah akan merasa lebih malu dan insaf di samping orang yang menyaksikan hukuman tersebut merasa takut dan bimbang untuk melakukan kesalahan.
Ada pun perlaksanaan undang – undang ciptaan yang ada pada hari ini amat berbeza dengan tuntutan Islam. Kadang – kala pelaksanaan hukuman yang dijatuhkan tidak setimpal dengan kesalahan di samping dilaksanakan secara tertutup menjadi penyumbang besar kepada meningkatnya kadar jenayah di sesebuah negara atau negeri.
6.1 Kesimpulan
Perbezaan pada sumber perundangan sememangnya memberi impak yang besar kepada sesebuah negara. Kerana berbezanya sumber, maka berbezanya konsep, berbezanya matlamat dan berbezanya kesan. Oleh itu, sumber kepada undang – undang menjadi asas kenapa dan mengapa jenayah semakin meningkat. Bak kata peribahasa Melayu, Melentur buluh biarlah dari rebunnya.
Sumber perundangan merupakan sesuatu yang penting dan harus bagi setiap rakyat untuk mengetahuinya. Apatah lagi seseorang yang beragama Islam. Seharusnya setiap muslim mengetahui apakah sumber perundangan yang digunakan ditempatnya apakah sejajar dengan tuntutan agama atau sebaliknya. Sekiranya sejajar dengan agama, haruslah diikuti, andai sebaliknya, fikirkanlah cara untuk meletakkannya sebagai yang paling utama demi mendapat keredhaan tuhan yang maha pengampun.
Perbincangan ini bukan untuk menghentam atau mencela undang – undang ciptaan, tetapi lebih ke arah untuk kita memahami apa yang lebih diutamakan mesti kita utamakan. Ini kerana agama mestilah didahulukan dari setiap yang lain. Sebagai mana adanya undang – undang ciptaan yang menyalahi agama, mahu tidak mahu kita terpaksa menolaknya. Ada juga antara undang – undang ciptaan yang selari dengan agama dan dibenarkan untuk kita menggunakannya. Sekiranya ada yang perlu dibaiki saya dahulukan dengan Jazakallahu khairan kathira. Wassalam.
[1] Noor Aziah Mohd Awal 2002. Pengenalan Kepada Sistem Perundangan di Malaysia. Selangor : Internatonal Law Book Services. Hlm 39.
[2] Abdullah Bin Yusof Al – Judai’ 2004. Taisi llmu Usul al – Fiqhi. Leeds : Muassasah al – Rayyan Hlm. 17.
[6] Abdul Karim Zaidan. 2009. al – Wajiz Fi Usul al – Fiqh. Beirut : Muassasah al – Risala Nasyirun.
Hlm. 119.
[8] Subhy Mahmasany.1980. Falsafah al – Tasyi’ |Fi al – Islam. Beirut . Dar al - Ilmi Lilmalaayin. Hlm. 167.
[9] Abdullah Bin Yusof Al – Judai’. Hlm. 149.
[10] Abdul Karim Zaidan. Hlm. 318
[11] Ibid Hlm. 141
[12] Abdullah Bin Yusof Al – Judai’. Hlm. 160.
[13] Abdul Karim Zaidan. Hlm. 181.
[14] Abdullah Bin Yusof Al – Judai’. Hlm. 184.
[15] Ibid Hlm. 187.
[16] Abdul Karim Zaidan. Hlm. 201.
[17] Abdullah Bin Yusof Al – Judai’. Hlm. 197.
[18] Noor Aziah Mohd Awal, Hlm 40.
[19] Sheikh Salim bin Sheikh Salleh, 1999. Sistem Undang – Undang di Malaysia. Malaysia : Ampang Press Sdn Bhd. Hlm 108.
[20] Ibid, Hlm 128.
[21] Noor Aziah Mohd Awal. Hlm 53.
[22] Sheikh Salim bin Sheikh Salleh. Hlm 130.
[23] V.C.R.A.C. Crabbe. 1994. Understanding Statutes. Great Britain . Hlm. 1
[24] A.Brandney, V. Fisher, J. Masson, A. Neal, D. Newell. 1991. How To Study Law. London , London Sweet & Maxell. Hlm. 6.
[25] Noor Aziah Mohd Awal. Hlm 58.
[27] Herbert Broom LL. D. Philosophy Of Law. London . William Maxwell & Son. Hlm. 2.
[28] A.Brandney, V. Fisher, J. Masson, A. Neal, D. Newell. Hlm. 8.
[29] Ibid, Hlm 8.
[30] Noor Aziah Mohd Awal. Hlm 63.
[31] Ibid, Hlm 64
[32] Wu Min Aun 1981. Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Malaysia. Selangor : Logman Sdn Bhd. Hlm 35 dan 36.
[33] Noor Aziah Mohd Awal. Hlm 64.
[34] Ibid, Hlm 81, 82.
[35] Wu Min Aun, Hlm 50.
[36] Surah an – Najm. Ayat 3, 4.
[37] Surah al – Ahzab. Ayat 72.
No comments:
Post a Comment